header image
All Video arrow Cerita Panas arrow Secret £14 million Bible
Secret £14 million Bible Print E-mail
Written by Hot Video   
Mar 11, 2012 at 11:28 AM
Sebuah Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican , pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.


Pope Benedict XVI berusaha untuk melihat sendiri Injil berkenaan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa as dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah swt dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox. Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa as tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.


Rahsia Injil: Kitab yang berusia 1,500 tahun ini mengandungi ajaran awal Nabi Isa a.s. dan pernyataan Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya.


Injil Purba: Teks kulit berjilid yang ditulis pada kulit haiwan, telah ditemui oleh polis Turki semasa operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.
Namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan, kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) s.a.w.


Bersejarah: Tulisan tangan berdakwat emas berharga 14 juta yang ditulis dalam bahasa Aramaic iaitu bahasa ibunda Nabi Isa a.s.

Oleh yang demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman Allah swt dalam Al-Quran.

Kejadian ini benar-benar telah menggemparkan pusat Kristian sedunia di Vatican City , Rome .

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui
. (2:146)


Sumber
 
__._,_.___
 
.

__,_._,___


Last Updated ( Mar 11, 2012 at 11:38 AM )
<Previous   Next>
Donate
Search This Site
Our Best Partners
Partner Links

Top Hit Videos

AutoCAD